-->
La Sfera
BLOG INI ADALAH BLOG HASIL FIKIRAN AKU MENGENAI APA SAHAJA YANG AKU RASAKAN PATUT DIKONGSIKAN BERSAMA..APA SAHAJA UNTUK TATAPAN DIRI AKU DAN PEMBACA BLOG INI..MINTA MAAF JIKA ADA PERSAMAAN..INFORMASI BERMAKSUD BERKONGSI..APA SAHAJA..ANEH,PELIK,SERAM & BENAR..SEBARANG SALINAN YANG DIAMBIL DARI ENTRI-ENTRI YANG WUJUD DI BLOG INI,TOLONG DAN SILA BERIKAN KREDIT DIATAS NAMA "UNDER THE BLOSSOMING CHERRY TREE" SEPERTIMANA AKU MEMBERIKAN KREDIT KEPADA SUMBER ENTRI-ENTRI AKU..SEBARANG KOMEN SANGAT DIALU-ALUKAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN UNDER THE BLOSSOMING CHERRY TREE INI..TERIMA KASIH..ASSALAMUALAIKUM WBT
Home This Is Me Tutorial & Freebies Facebook Twitter

SARANGHAE !!!

Daisypath Anniversary tickers

Jantung H❤ti

4Minute Left

 


Jika you all adalah salah seorang peminat muzik K-Pop, album nie menggabungkan lima orang gadis genit yg mempunyai kekuatan vokal tersendiri. Pastinya you all tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan album terbaik daripada kumpulan yg berasal dari Korea nie. ''4Minute Left'' mempersembahkan susunan lagu-lagu terbaik yang menjadi kekuatan utama untuk album nie. Dua buah lagu yg menjadi kegilaan ramai ialah 'Heart To Heart' dan 'Hide And Seek'.

lepas baca tak reti2 nak comment or like ke der? he, TQ :)

Posted by Gad!s Bercel0teh at 7:59 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Mentor Raya 2011



Salma dan Erra menerima hadiah kemenangan mereka. Foto M.AZHAR ARIF

SHAH ALAM: Buat para peminat yang merindui telatah dan celoteh setiap mentor dan protege, ia pastinya akan terubat kerana Mentor Raya 2011 bakal disiarkan pada 11 September nanti pukul 9 malam, menerusi saluran TV3.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Mentor Raya masih lagi mengekalkan konsep sama tetapi kali ini ia diperkuatkan lagi dengan elemen sketsa dan komedi selain melakukan acara permainan secara spontan.
Menurut penerbitnya, Mohamad Sufian Isa, Mentor Raya sudah menjadi tradisi setiap kali tibanya Hari Raya dan ia juga merupakan satu alternatif buat peminat-peminat setia yang sentiasa menyokong program tersebut.
“Memandangkan ia merupakan antara program paling penting dalam stesen TV3, pihak kami perlu komited dalam setiap pengisian yang ingin dipaparkan.

“Konsep Mentor Raya pada kali ini bersifat lebih santai malah setiap yang berlaku dalam program ini banyak dilakukan secara spontan tanpa latihan. Ini membuatkan program ini tampak ringkas dan pada masa yang sama ia dapat memaparkan karakter menarik yang ada pada diri mentor dan protege masing-masing,” katanya.
Tambah Sufian, dengan personaliti setiap seorang protege dan mentor, ia sudah cukup memberi impak menarik pada program tersebut tanpa memerlukan gimik dan elemen drama.

Dalam pada itu suntikan komedi dan segmen nyanyian lagu raya dengan pemilihan lagu yang menarik turut dipaparkan.
Program tersebut dimulakan dengan sesi penyampaian cek kepada pemenang-pemenang Mentor 5 iaitu Salma (Juara), Shiha (tempat kedua) dan Iqa (tempat ketiga).
Kemudian Mentor Raya 2011 diteruskan dengan persembahan duet Erra Fazira dan Mas Idayu dengan membawakan lagu Joget Aidilfitri, nyanyian asal Sanisah Suri.
Seterusnya, Noh, Ayish dan Iqa bergandingan membawakan lagu Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda (Raihan/Hujan) dan pastinya yang akan menjadi tumpuan nanti ialah nyanyian Black dan Salma, membawakan lagu Halaman Asmara yang pernah dipopularkan oleh Ziana Zain dan Awie.
Tidak ketinggalan Afdlin Shauki turut menambah seri pada program itu dengan menyanyikan lagu Datuk M.nasir, Suatu Hari Di Hari Raya bersama dengan Aiman dan Ratnah. Diikuti pula dengan Datuk Sharifah Aini dan Shiha, membawakan lagu Suasana Di Hari Raya sebagai penutup tirai.


lepas baca tak reti2 nak comment or like ke der? he, TQ :)

Posted by Gad!s Bercel0teh at 6:17 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kalau kita sukakan seseorang,



jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,

gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,

nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

lepas baca tak reti2 nak comment or like ke der? he, TQ :)

Posted by Gad!s Bercel0teh at 12:39 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

SEPAH - Raya




lyn jerw.......

just for u allzz...






lepas baca tak reti2 nak comment or like ke der? he, TQ :)

Posted by Gad!s Bercel0teh at 12:27 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Pages

  • Home
  • This Is Me !!!
  • 101 Tutorial & Freebies
  • Always In My Heart

I ♥ My Follower !!!

My Photo
Gad!s Bercel0teh
-, Seri Manjung, Perak. Hanis Adriana Azizan. I'm 13 !
View my complete profile

Wishlist

Nokia C3
200 ++ Follower
New Laptop
Nikon D3000

My Storybook

  • ▼  2011 (49)
    • ▼  October (14)
      • Tutorial : Letak SCM Music Player
      • Freebies Cute Cursor
      • Freebies Header Part II
      • Freebies Header
      • Tutorial : Check Berat Blog
      • Kenapa tiada sesiapa membantu budak 2 tahun yang d...
      • MANA MAK ???
      • 3 Golongan Yang Akan Memasuki Neraka Jahanam 7 Kal...
      • Tutorial : Home Icon Untuk Blog
      • Tutorial : Remove Attribution "Powered By Blogger"
      • Tutorial : Letak Icon Cute Sebelah Comment
      • Tutorial : Disable Right Click without Alert Message
      • Tutorial : Scroll Box For Blog Archive
      • Tutorial : Cute Icon Di Shoutbox
    • ►  September (28)
    • ►  August (7)





ShoutMix chat widget