-->
La Sfera
BLOG INI ADALAH BLOG HASIL FIKIRAN AKU MENGENAI APA SAHAJA YANG AKU RASAKAN PATUT DIKONGSIKAN BERSAMA..APA SAHAJA UNTUK TATAPAN DIRI AKU DAN PEMBACA BLOG INI..MINTA MAAF JIKA ADA PERSAMAAN..INFORMASI BERMAKSUD BERKONGSI..APA SAHAJA..ANEH,PELIK,SERAM & BENAR..SEBARANG SALINAN YANG DIAMBIL DARI ENTRI-ENTRI YANG WUJUD DI BLOG INI,TOLONG DAN SILA BERIKAN KREDIT DIATAS NAMA "UNDER THE BLOSSOMING CHERRY TREE" SEPERTIMANA AKU MEMBERIKAN KREDIT KEPADA SUMBER ENTRI-ENTRI AKU..SEBARANG KOMEN SANGAT DIALU-ALUKAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN UNDER THE BLOSSOMING CHERRY TREE INI..TERIMA KASIH..ASSALAMUALAIKUM WBT
Home This Is Me Tutorial & Freebies Facebook Twitter

SARANGHAE !!!

Daisypath Anniversary tickers

Jantung H❤ti

Tutorial : Letak SCM Music Player


 Heloww korangg .! Hii . hee~

Ngehh ngehh ngehhh .~
Tersengehh lak ! aduss!

Kenapa ? Kenapa ? 

Mana tak nyer , lepas Yana letak je SCM Music Player yang warna hijau dekat bawah tuh.. Haa.. tu diaa.. ramai GILA yang tanya..

"Yana...Macam mana lak nak letak music player kat bawah tuh.,Tolong lah ajar." ...

hehe . tersenyumlah Yana bila ramai yang buat permintaan macam tuh.. Bukan nyer Yana tak nak buat . malas sebab banyakk STEP . Banyak ke? haha. Tengok je lah dekat bawah ni ;)


1. Korang kena masuk link ini dulu >>KLIK SINI<<

2. Dah masukkan ? Ok .TICK color yang korang suka. Jangan tekan DONE lagi.

3. Then pergi pulak dekat Edit Playlist. Macam kat bawah ini :



**Masukkan tajuk lagu dan URL lagu . Kalau tak tahu , ikut bawah ..

4. Masuk YOUTUBE >> KLIK SINI << 

5. Search lagu yang nak .. then , copy URL lagu itu . Lihat di bawah :


 
6. Dah copy kan?Then ,paste lah di bhagian URL tu.Letak bnyk lagu pun bley...

7. Sudah paste ? Pergi pulak ke Configure Settings. Ubah ikut di bawah :


klik untuk nampak lebih jelas :)


8. Lepas dah ubah , terus tekan DONE akan keluar macam ini .Terus COPY!!



Oke , sekarang ni , macamna pula nak letak dalam blog ! Ikut STEP Yana.

1. Log In > Dashboard > Design > Add Gadget > Html/JavaScript
2. Paste segala yang korang copy kan tadi tuh erk ! hee~

3. Da paste , SAVE lah , apa lagii ~ huhu . Pergi cepat tengok blog korang ! ada takk ? Ada Takk ? hehe ! Mudah kan ?
=SELAMAT MENCUBA=

lepas baca tak reti2 nak comment or like ke der? he, TQ :)

Posted by Gad!s Bercel0teh at 5:03 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Freebies Cute Cursor



Another freebies friends ! :)

I hope you guys like it , Thanks you ! ~


Muke Yana .. muahahaha !

http://anisazemi91.opendrive.com/files/32421545_pBLS8/cursor.png

Sotong lembik ! fufu ~

 

http://anisazemi91.opendrive.com/files/32421989_zJYVG/cursoroct.png

Tangan kecik .. hehe

 
http://cur.cursors-4u.net/others/oth-6/oth589.cur

Domokun 


http://cur.cursors-4u.net/anime/ani-11/ani1092.cur

Kuda Ajaib 

http://cur.cursors-4u.net/nature/nat-10/nat911.cur

Cute Bear 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAJNdpXW9RipQxvARLc5rkqcaOv9HX9br5XB8FImG5Q6VJ8-jQCKActWyGNn0pA0KqlwkPqxYKFcypBcW0JSlBXlrVbx2HHByQwnSQtvf_vp83SWMxp45vxmz3LxYOBmjh3AiQB1r_4_o/s1600/pandacomel.png 



Cara2 menggunakan cursor diatas : 


* Copy paste code di bawah dalam ruangan Html/JavaScript

<style type="text/css"> body, a, a:hover { cursor:url(CURSOR IMAGE URL), auto }</style>
* Gantikan Cursor Image Url tu dengan url gambar yang korang suka .. okey..
lepas baca tak reti2 nak comment or like ke der? he, TQ :)

Posted by Gad!s Bercel0teh at 8:28 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Freebies Header Part II


Aloha ! Baik baik aje kan sume orang ? kalau sihat alhamdulillah .. Tengok Yana bagi header lagi .. Tak tau laa comel ke tak kan .. Tapi Yana rase lagi bagus dari yang lepas tu :)

KLIK GAMBAR , LEPAS TU SAVE




Okey laa kan ? Tak dela teruk sangat :P .. Kali ni Yana buat macam-macam warna sket

Dah amek harap komen la sket .. fufufu ~
Trima kasih :)

lepas baca tak reti2 nak comment or like ke der? he, TQ :)

Posted by Gad!s Bercel0teh at 8:23 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Freebies Header


Assalamualaikum ! :)
Happy tak hari ni kawankawan ? Hehe hope korang happy laa selalu kayy . Jadi laa macam Yana --> Happy Go Lucky Always ! Cewahh gitu :D

Sebab Yana happy harinie , Yana nak bagi korang Freebies Header laa kan . 

Kalau sudi amek , kalau tidak abaikan saje laa entry nie . BAHAHA ! 

Domo Header

Si Gadis Header

Donghae Header

Elmo Lovers Header

Just click header yang korang nak lepas tu save kayy .

Maaf kalau buruk kayy , kalau dah amek nak credit ke tak tu terpulang laa :')
Spread Love <3

lepas baca tak reti2 nak comment or like ke der? he, TQ :)

Posted by Gad!s Bercel0teh at 8:17 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tutorial : Check Berat Blog




Hei dunia IT memang macam2 kan .. ha bukan manusia je boleh timbang berat tau .. Blog kita pon boleh ..wah wahh memang canggih gilerr .. Haha bende ni dah lame dah pon sebenarnya .. Yana yang macam orang ketinggalan baru tau ..hekhekhek

 Kalau nak check berat blog korang tu , jalan la kaki pergi --- > SINI...hehehe

 Lepas tu , akan keluarlah satu laman web seperti dibawah , tulislah korang punye URL BLOG yang cute tu , seperti yang dibawah juga ..ehehe

*klik gambar tu untuk lihat lebih jelas...

 Dah letak URL jangan lupe tekan check pulak ..huhu

 Bile dah tekan check , keluar lah resultnya ..TADAAAA !

*klik gambar tu untuk lihat lebih jelas

 Haha macam tunjuk keputusan PMR pulak kan .. hehe .. Kalau result keluar macam ni selamat lah blog korang .. Tak ade la mengantuk orang nak check it out blog korang ..

Sekian dari Yana ^.^


lepas baca tak reti2 nak comment or like ke der? he, TQ :)

Posted by Gad!s Bercel0teh at 7:57 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kenapa tiada sesiapa membantu budak 2 tahun yang digilis di China?


Seorang budak perempuan yang berjalan seorang diri dilanggar sebuah van dan dibiarkan begitu sahaja sehingga kenderaan lain pun menggilis budak itu.

Mungkin masih belum terlambat tao nak share nih, pagi tadi tao dapat video nih tapi tak sempat nk post tadi pulak acident nih keluar kat TV3.

Video Manusia Kejam Giler !! Takde Nilai Kemanusiaan Langsung! saksikan di bawah



Ia adalah satu berita TV yang bercakap tentang kemalangan jalan raya di China.

Seorang gadis berusia 3-tahun telah terserempak dengan sebuah van. Walaupun pemandu menyedari bahawa dia telah terserempak dengan seorang budak kecik tuh, dia lajukan lagi van tersebut dan lagi trajis boleh pulak berhenti sekejap dan mengilis budak tersebut dengan perlahan pulak.

Antara yang menyedihkan adalah, berdozen-dozen pejalan kaki berjalan di sebelah budak tuh buat tak tau jer, tetapi tidak ada satu pun dari mereka yang memberi bantuan.

Amacam? tak tau la tao nak describekan camner rakyat China nih tak concern langsung...mungkin segelintir dari deorang kot yang macam nih. Tapi takkan tak nampak kot... sebelum nih juga ada satu kejadian yang agak buruk perangai rakyat china dimana seorang lelaki mengambil kesempatan tetek perempuan pengsan selepas bergaduh.

Mana pergi sifat kemanusiaan???

lepas baca tak reti2 nak comment or like ke der? he, TQ :)

Posted by Gad!s Bercel0teh at 7:45 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MANA MAK ???


MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu"

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

lepas baca tak reti2 nak comment or like ke der? he, TQ :)

Posted by Gad!s Bercel0teh at 6:21 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

3 Golongan Yang Akan Memasuki Neraka Jahanam 7 Kali Umur Di Dunia


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua...how's ur day so far???yana baik2 aje!!

actually, hari ni yana nak kongsi dengan korang semua satu pengisian diri..semoga korang semua terhibur..

~~Tiga Golongan Yang Akan Memasuki Neraka Jahanam 7 Kali Umur Dunia~~

1) Orang yang gemuk tapi kurus
- Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat?
- Ramai wanita yang meninggalkan solat terutama diakhir habisnya haid. Wanita kurang ambil perhatian sebahagiannya tidak begitu prihatin. Contoh bagi wanita yang bekerja dipejabat dan habis darah haidnya jam 3 petang biasanya dia tidak akan mandi hadas dipejabat dan dia akan mandi hadas apabila balik kerumah, hakikat sebenarnya dia telah meninggalkan solat fardu yang wajib.
- Begitu juga dengan puasa Ramadan yang ditingalkan semasa haid atau nifas, apabila melebihi tahun berikutnya maka disamping puasa wajib dibayar dan dikenakan fidyah, tetapi ramai wanita tidak mengambil berat tentang fidyah yang wajib ditunaikan.
- Sebahagian pula wanita yang berkemapuan masih menagguh-nangguhkan kewajipan menunaikan fadu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti untuk melancong

2) Orang yang berpakaian tetapi telanjang
- Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
- Ditafsirkan juga wanita yang sudah lengkap menutup aurat tetapi masih tidak taat pada agama seperti wanita yg sudah elok menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan perhiasan didada mereka. Mereka ini seolah-olah tiada berpakaian (bertelanjang).

3) Orang yang alim tapi jahil
- Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
- Syarat untuk layak disebut sebagai ulama adalah takutkan Allah. Walaupun seorang itu alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, disisi Allah dia tidak layak disebut ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama.

Nauzubillah..semoga kita semua tidak tergolong dalam 3 golongan di atas..Amin..

semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah S.W.T

~~terima kasih sudi membaca..take care~~

lepas baca tak reti2 nak comment or like ke der? he, TQ :)

Posted by Gad!s Bercel0teh at 8:26 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tutorial : Home Icon Untuk Blog


Hey...
Salam~
Hari ni , Yana nak share ngan korunk , mcm mana nak letak HOME icon yang comel dekat blog korunk?
Wahh , korunk nak tahu tak ,mcm mana cara nyer ? ahak2! ;))

Meh lah sini , Yana ajar kan ! ^_^

1. Dashboard > Layout > Add A Gadget
klik HTML/Javascript. and korang copy paste kod kat bawah nie k.

<style type='text/css'>
a.linkopacity img {
filter:alpha(opacity=50);
-moz-opacity: 0.5;
opacity: 0.5;
-khtml-opacity: 0.5;}

a.linkopacity:hover img {
filter:alpha(opacity=100);
-moz-opacity: 1.0;
opacity: 1.0;
-khtml-opacity: 1.0; }
</style>

<div style='display:scroll; position:fixed; 
bottom:10px; left:-12px;'>

<a class='linkopacity' href='
LINK BLOG KORANG' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' title='HOME'><img border="0"width="50" height="50" src="URL HOME ICON" /></a><br />


*p/s : Korang bleh jgk , kalo nak ubah

width="50" height="50" ikot ke sesesuaian blog korunk k.

Law korunk nak letak kat bahagian atas korunk tukar kod yang berwarna pink tu k

bottom:10px; left:-12px;'>

Bottom tuka ke top
Left tka ke right
*sory , Yana tak dapat letak Yana nyer contoh HOME kat sini , cbb Yana dah ada Navigation tu. so , Yana juz nak share je lah ;)


Dekat sini , Yana ada serta kan , beberapa link code icon ;)
If berminat , copy je yang kat bawah niyh , oke? :)



   http://i122.photobucket.com/albums/o280/techwar88/home.gif


 http://i269.photobucket.com/albums/jj47/anjieya/home-icon.jpg

 http://i1029.photobucket.com/albums/y356/PachirisuFan1/Icons/Home_icon.gif



 http://i604.photobucket.com/albums/tt126/heporz/Icon/home-64x64.png



 http://i257.photobucket.com/albums/hh229/rhythmskateshop/Home_64x64.png



 http://i177.photobucket.com/albums/w205/hns911/frindster.gif


lepas baca tak reti2 nak comment or like ke der? he, TQ :)

Posted by Gad!s Bercel0teh at 7:29 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tutorial : Remove Attribution "Powered By Blogger"


Hi Semua !
Nighty night !:) hehe..
Oleh disebabkan ,, ada orang tanya , macam mana nak buang Attribution ,
Oke.. Yana ajarkan .. 
Korang tahu ker Attribuition tuh apa ?!:)
hik2!! :)
Tak tahuu ?? Haa.~Sekarang.. korang pergi bukak blog korang tuh..
Tengok bahagian bawah skali..
Ada tulis Powered by Blogger kan ???

-->Cara-caranya ialah<--

1. Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widget

2. Lepas tuh , tekan Ctrl F dengan serentak dari search kod ini :

<b:widget id='Attribution1' locked='true' title='' type='Attribution'> 
3. Bila korang dah jumpa kod tuh . korang tukar kat warna merah kar atas dengan perkataan false.

4. Da siap ? Save oke!!

5.Tapi , tunggu dulu ! Tak habis lagi lah ! :)

6. Sekarang , pergi bukak blog korang.. Bukak / Edit Widget Attribution kat bawah tu.. Nanti korang akan nampak Remove button. Tekan Remove tuh.. Dah tekan kan ? Haaa!~ Hasil nyer berkesan !:) kan?:))


lepas baca tak reti2 nak comment or like ke der? he, TQ :)

Posted by Gad!s Bercel0teh at 7:17 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tutorial : Letak Icon Cute Sebelah Comment


Haiii semua .
Srkg ni pulak , Yana nak teach korunk , mcm mana nak letak icon yang kiut miut kat sebelah comment !
Nak tgk tak contoh nyer ?
Mari sini ;)


Nampak tak tu ?
hee!
Sini..Sini..
Nak Ajar :)

Bagi pengguna layout

1. Dashboard>Layout/template blogger/design>Edit HTML.
2. Then , klik pada Expand Widget Templates..tekan CTRL+F pada keyboard dan copy paste code di bawah ini ke ruangan find

<span class='post-comment-link'>
Bagi penguna template 

Dashboard > Template

kemudian klik pada Expand Widget Templates..tekan CTRL+F pada keyboard dan copy paste code di bawah ini ke ruangan find


<$BlogItemCommentCreate$>"<$BlogItemCommentFormOnclick$>>
3.  Ok lepas korunk dah jumpa code yang korunk cari tu...korang copy lak code nie k..

Bagi pengguna layout

<img src="LinkGambar"/>
4. Lepas tu korang paste kat sebelah code yang korang dah cari tadi..

CONTOH

Bagi pengguna template blogger and layout

<span class='post-comment-link'><img src="LinkGambar"/>
Bagi pengguna layout

<$BlogItemCommentCreate$>"<$BlogItemCommentFormOnclick$>><img src="LinkGambar"/>

Okey , if dah siap , korunk preview dulu. If dah jadi , terus save oke ? :)

*p/s : Cute Icon , korunk boleh dapatkan di SINI ! ^_^

lepas baca tak reti2 nak comment or like ke der? he, TQ :)

Posted by Gad!s Bercel0teh at 8:25 AM 3 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Pages

  • Home
  • This Is Me !!!
  • 101 Tutorial & Freebies
  • Always In My Heart

I ♥ My Follower !!!

My Photo
Gad!s Bercel0teh
-, Seri Manjung, Perak. Hanis Adriana Azizan. I'm 13 !
View my complete profile

Wishlist

Nokia C3
200 ++ Follower
New Laptop
Nikon D3000

My Storybook

  • ▼  2011 (49)
    • ▼  October (14)
      • Tutorial : Letak SCM Music Player
      • Freebies Cute Cursor
      • Freebies Header Part II
      • Freebies Header
      • Tutorial : Check Berat Blog
      • Kenapa tiada sesiapa membantu budak 2 tahun yang d...
      • MANA MAK ???
      • 3 Golongan Yang Akan Memasuki Neraka Jahanam 7 Kal...
      • Tutorial : Home Icon Untuk Blog
      • Tutorial : Remove Attribution "Powered By Blogger"
      • Tutorial : Letak Icon Cute Sebelah Comment
      • Tutorial : Disable Right Click without Alert Message
      • Tutorial : Scroll Box For Blog Archive
      • Tutorial : Cute Icon Di Shoutbox
    • ►  September (28)
    • ►  August (7)





ShoutMix chat widget